Dunia adalah gedung masalah

 

Kena tenung foto ni lama-lama. Ada yang tersirat dalam karya Chatgpt ni. Tapi artikal di bawah ni Demang tulis sendiri. 100% asli. 


Dalam keghairahan kini manusia dengan AI, Demang asah pensil dan cuba tulis macam dulu. Dari ilham yang Allah salirkan, dari tangan yang Allah pinjamkan. Moga bermanafaat. 


Dunia adalah gedung masalah. Kita dimasukkan ke dalamnya dan dipilihkan satu masalah. Kita berusaha untuk selesaikan. 


Dah tentu kita akan gagal. Sebab Allah tak nak suruh kita sombong dan merasa pandai. Allah nak kita sedar bahawa hanya Allah penyelesai masalah. 


Allah bukan setakat ajar dan tunjukkan. Bahkan Allah nak kita rasa sendiri kehebatan Allah. Apabila kita dah sedar maka itu dianggap kita dah berjaya lalui satu ujian. 


Kemudian Allah akan bagi kita ujian seterusnya. Itulah kehidupan yang Allah sediakan. Untuk kita sentiasa sedar bahawa Allah maha besar!


Demang tak pulau AI bahkan bekerjasama. Dia lebih pandai lukis gambar.  😊


Elok juga share artikal ini. Dah tak banyak artikel tulisan manusia sekarang ni. Sebelum ia pupus, kita bagi jamah sama-sama. 😅

Foto: generated by Chatgpt 4.0 plus

Comments

Popular posts from this blog

Nampak sama

Demang kena lagi

Apabila AI jadi hakim, manusia dihukum mati