Apalah lagi yang tinggal
Bab 4: Apa Lagi Yang Tinggal pada manusia?
“Nampaknya kali ini Derwish pun tewas.”
Suara itu datang dari meja sebelah. Seorang pemuda berseluar jeans lusuh dan berjaket kulit membalas sambil tersenyum nakal. Beberapa rakannya yang berkumpul di kafe itu turut tersengih, segelas kopi belum terusik di hadapan mereka.
Derwish angkat kening. Senyum juga, tapi lain maknanya. “Tewas?” ulangnya perlahan. “Mungkin. Tapi belum tunduk.”
Pemuda itu angkat bahu. “AI dah buat semuanya. Menulis, bercakap, melukis, menyanyi… Jadi apa lagi manusia nak buat?”
Derwish pandang langit yang makin gelap. “Buat apa yang AI tak mampu—jujur. Menangis kerana rasa. Menulis kerana sayang. Berkata kerana peduli. Bukan kerana algoritma.”
Demang hanya angguk perlahan. Kali ini dia tidak menyampuk. Mungkin kerana kali ini… dia sendiri sedang rasa macam kena penampar.
Akhirnya… lihat bagaimana Derwish cover 🤩
Comments
Post a Comment