Posts

Showing posts from July, 2025

Kita tak mulakan pun

Image
  Senja itu langit seperti terbakar — jingga dan emas saling menari di celah awan. Bayu dari tasik menyapa lembut. Derwish duduk bersila atas pangkin kayu yang tua, tongkatnya rebah di sisi. Demang berdiri tidak jauh, matanya meleret ke permukaan air. “Derwish,” Demang bersuara, “kau pernah kata… kehidupan ini bermula dari diri kita.” Derwish angguk perlahan. “Ya.” “Tapi,” Demang kerut kening, “bukan ke Allah yang memulakan semuanya? Kita tak pernah pun minta dilahirkan…” Derwish tidak segera menjawab. Matanya merenung jauh ke arah matahari yang makin tunduk. Lama. “Betul,” katanya akhirnya. “Allah yang memulakan… pada kita. Kita tak minta dilahirkan. Kita tak pesan nak jadi Melayu, atau lelaki, atau hidup di zaman ini.” Demang berpaling, menanti sambungan. “Tapi,” Derwish sambung, “kau diberi satu anugerah: kesedaran. Dan dengan itu datang tanggungjawab.” Demang termenung. “Jadi?” Derwish tersenyum kecil. “Jadi, soal sebenar bukan ‘siapa memulakan’, tapi siapa menyambung.” Demang ...

Bahu Yang Tak Minta Dipicit

Image
  Warung pagi itu riuh dengan suara pelanggan. Derwish tekun mengacau kopi. Demang pula melipat surat khabar separuh baca. “Kau nampak YB semalam?” tanya Demang tiba-tiba. “Macam lain sikit. Senyum pun tawar.” Derwish angkat muka, pandang jauh. “Pemimpin yang baik… dia takkan tunjuk masalahnya. Tapi kau akan rasa, kalau kau prihatin.” Demang angguk perlahan. “Macam ayah la tu. Kalau dia susah, tetap bagi duit belanja. Tapi kita sebagai anak, patutnya tahu juga kalau beras dah tinggal suku gantang.” Derwish senyum nipis. “Dalam rumahtangga pun begitu. Suami takkan cerita dia penat, dia kecewa. Tapi isteri yang peka akan tahu. Isteri pun sama. Tak semua perlu diucap, tapi yang hidup bersama kena belajar membaca.” Demang bersandar. “Tapi bukan ke baik kalau kita terus terang?” “Terus terang itu elok… tapi kepekaan itu lebih mulia,” balas Derwish. “Kau nak jadi pemimpin, belajar simpan luka. Kau nak jadi pengikut, belajar baca gerak bibir orang diam.” Demang pandang ke langit. “Berat j...

cadangan padu Derwish

Image
  Bab 6: Pena dan Pemicu Tiba-tiba Derwish bertanya sambil tersenyum: “Pernah jumpa kata-kata ni?” “Guru yang biasa memberitahu. Guru yang baik menerangkan. Guru yang bagus membuat demonstrasi. Guru yang hebat memberi inspirasi.” – William Arthur Ward Derwish menutup laptop perlahan. Pandangannya jatuh ke arah pemuda-pemuda yang masih duduk di meja sebelah, kini lebih senyap daripada tadi. “Blogger hari ini bukan lagi sekadar penulis,” katanya, tenang tapi tegas. “Dia bukan cuma orang yang tahu guna AI untuk hasilkan teks cantik dan grafik menarik.” Pemuda berjaket kulit bersandar ke depan. “Jadi, apa peranan sebenar blogger sekarang, Tok?” “Dia penggabung — penyatu segala bentuk kecerdasan. Bukan hanya ‘prompt masuk, jawapan keluar’,” balas Derwish. “Blogger perlu tahu bila guna AI untuk analisis, bila untuk visual, bila untuk suara… dan yang paling penting, bila tidak menggunakan AI, agar isi kekal hidup dan benar.” Demang menyambung, sambil tersenyum: “Blog bukan tempat ‘co...

Apalah lagi yang tinggal

Image
  Bab 4: Apa Lagi Yang Tinggal pada manusia? “Nampaknya kali ini Derwish pun tewas.” Suara itu datang dari meja sebelah. Seorang pemuda berseluar jeans lusuh dan berjaket kulit membalas sambil tersenyum nakal. Beberapa rakannya yang berkumpul di kafe itu turut tersengih, segelas kopi belum terusik di hadapan mereka. Derwish angkat kening. Senyum juga, tapi lain maknanya. “Tewas?” ulangnya perlahan. “Mungkin. Tapi belum tunduk.” Pemuda itu angkat bahu. “AI dah buat semuanya. Menulis, bercakap, melukis, menyanyi… Jadi apa lagi manusia nak buat?” Derwish pandang langit yang makin gelap. “Buat apa yang AI tak mampu—jujur. Menangis kerana rasa. Menulis kerana sayang. Berkata kerana peduli. Bukan kerana algoritma.” Demang hanya angguk perlahan. Kali ini dia tidak menyampuk. Mungkin kerana kali ini… dia sendiri sedang rasa macam kena penampar. Akhirnya… lihat bagaimana Derwish cover 🤩 Tengok dari awal cerita

Pena Tanpa Tangan

Image
    Bab 3: Pena Tanpa Tangan “Ha… macam mana tu?” Derwish menyindir, senyum sinis di hujung bibir. “Bloggers pun sama.” Nada suaranya perlahan, tapi tajam. Nampak macam perli orang lain, padahal dia sindir diri sendiri. Blog pun dah AI yang siapkan. Tajuk dicadangkan, isi diolah, gambar dimuatkan. Tulisan bersusun kemas. Emosi ditiru, gaya disalin. Pemilik cuma tekan ‘publish’—kadang tu pun dijadualkan awal. Demang tersandar. “Jadi… siapa sebenarnya yang bercerita?” Derwish diam. Matanya tak lepas dari skrin kosong laptop di hadapannya. “Entah. Mungkin cuma mesin yang bercakap… pada mesin lain.” Angin petang meniup langsir. Kucing bertompok menggeliat malas. Dunia terus berjalan. Tapi siapa yang sebenarnya masih bangun… dan benar-benar menulis? Ada sambungannya… Apalah yang tinggal Mula dari awal cerita ni

Influencer Palsu Penontonpun palsu

Image
    Bab 2: Mesin Bercakap Pada Mesin Demang hulur telefon pada Derwish. “Tengok ni…” Suaranya separuh kagum, separuh bingung. Di skrin, seorang content creator sedang live—penuh gaya, penuh yakin. Puluhan ribu followers. Ribuan sedang menonton. “Hebat?” tanya Demang. Derwish hanya geleng perlahan. Dia tahu hakikatnya. Yang live tu bukan manusia. Yang atur jadual pun bukan dia. AI urus semua—dari skrip sampai jemput audiens. Tuan punya akaun masih berdengkur. Isteri bangun, termenung depan dapur. Duit takde, nasi pun tak ada. Anak-anak makan RMT kat sekolah. “Followers ribu-ribu tu pun AI, Demang,” ujar Derwish akhirnya. “Yang hidup… cuma angka.” Sambung lagi… Pena Tanpa Tangan Tengok awal cerita ni

Siapa nak baca blog lagi

Image
  Bab 1: Blog yang sepi “Siapa nak baca blog lagi, Derwish? Sekarang semua orang kejar video. AI pun dah pandai buat konten.” Derwish senyum, mata tak lepas dari kucing bertompok di ribanya. “Suara banyak… tapi tak semua didengar. Blog bukan untuk menjerit, tapi untuk yang mencari.” Demang mencebik. “Tapi yang baca belum tentu lima orang.” “Satu pun cukup… kalau dia jumpa makna,” balas Derwish tenang. Sambung… klik

Allah yang hantar

Image
  “Ketika kita tertidur, ada seekor ular hampiri. Tiba-tiba dua ekor kucing bergaduh dan lari ke arah kita. Kita pun terjaga. Bagaimana itu terjadi?” tanya Derwish sambil senyum, cicah wajik perlahan-lahan. Demang menggaru kepala. “Err… kucing nak selamatkan kita?” Derwish ketawa kecil. “Bukan kucing yang rancang, Demang. Tapi Tuhan yang aturkan. Kadang, benda yang kita rasa mengganggu… rupa-rupanya penyelamat.” Demang diam. Tak jadi makan wajik. “Kalau tak sedar juga, barulah ular tu betul-betul patuk.” Derwish menyambung, matanya redup memandang jauh. Kucing oren hanya merenung kuah gula melaka.

Dah wudhu sebelum tidur tersentuh isteri

Image
  Malam hening. Kipas berpusing perlahan. Demang bersandar di dinding, mata tak lelap-lelap. “Kenapa tak tidur lagi?” tanya Derwish sambil lipat kain serbannya. “Aku risau...” jawab Demang perlahan. “Tadi aku ambik wudhu. Tapi... kalau nanti masa tidur tersentuh isteri aku, batal tak wudhu?” Derwish senyum. “Tidur tu sendiri dah batal wudhu, Demang.” Demang terdiam. “Ha? Jadi, aku risau tak bertempatlah?” “Bukan tak bertempat. Cuma perlu difahamkan. Wudhu sebelum tidur itu bukan untuk kekalkan sampai Subuh. Tapi untuk ikut sunnah — tidur dalam keadaan suci. Malaikat pun doakan.” Demang garu kepala. “Ohhh... patutlah lepas ambik wudhu malam-malam rasa damai semacam.” Derwish angguk. “Tu tandanya kau disapa rahmat.”

Serai Itu Bukan Bau je

Image
Angin petang berlegar di laman rumah. Derwish duduk bersila di wakaf kecil, memicit botol kecil berwarna jernih. Demang perasan sesuatu. “Eh, tu minyak baru ke, Derwish?” tanya Demang sambil mengambil tempat di sisi. Derwish hanya senyum. Lalu diangkat botol kecil itu ke hidung, mencium lembut. Demang pun buat perkara yang sama. “Ha… bau serai! Menyegarkan betul. Tapi… hang buat minyak ni untuk orang hidu saja ka?” Derwish tidak terus jawab. Dia ambil sehelai daun serai yang terkulai di tepi wakaf. Diramas perlahan, kemudian disapu ke lengan. “Demang,” katanya tenang. “Bau ini… bukan untuk dipuja. Ia cuma fasilitator.” Demang garu kepala. “Fasi… apa tu?” “Fasilitator,” ulang Derwish. “Macam orang tengah. Dia bukan tujuan, tapi membantu menyampaikan. Serai ini, bukan dibuat untuk wangi-wangian semata. Dalam setiap titisnya, ada panas yang melegakan, ada tenaga yang menenangkan.” Demang angguk-angguk, separuh faham. Tapi dia memang suka dengar Derwish cakap. “Macam kita juga lah ya? Kada...