Malam Terakhir
Akhirnya Ramsali terpilih menyertai kursus enam bulan sebelum layak menerima pangkat tertinggi!
Namun syaratnya ketat: tidak boleh langgar adab, tidak boleh berakhlak buruk, sentiasa kawal emosi dan fahaman mesti betul.
Seorang pegawai rahsia ditugaskan memantaunya siang malam.
Apapun ia berasib baik sebab masih boleh bertemu kekasihnya — penyejuk hati dan penyuntik semangat. Hampir setiap hari mereka bertemu
Sepanjang kursus semuanya berjalan lancar sehinggalah malam sebelum keputusan diumumkan. Malam terakhir itu kekasihnya datang dengan wajah berbeza.
“Sebenarnya aku adalah pegawai yang ditugaskan memantau kamu selama ini,” katanya.
Ramsali kaku. Malu. Tak mampu mengangkat kepala. Terlalu banyak yang dia cuba sembunyikan — tetapi semuanya telah disaksikan oleh insan yang paling dia percaya. Tidak ada rahsia lagi!
Malam itu tak mungkin Ramsali dapat tidur lena.
Ini bukan cerita biasa. Ini adalah bahan muhasabah diri
Sebenarnya Ramsali adalah cerminan diri kita sendiri.
Hidup ini kursus. Hanya sekejap. Sampai masa kita akan balik ke rumah asal tak kira berjaya atau gagal. Kejayaan atau kehancuran ditentukan oleh amal kita semasa di dunia.
Adakah kita benar-benar bersedia menerima keputusan di akhir nanti? Apa perlu kita buat apabila kita sedar hakikat hidup ini berapa kita sentiasa diperhatikan Allah. Betapa semua perlakuan kita terutama dosa dari segala macam maksiat yang kita lakukan selama ini dirakam secara terperinci. Sanggupkah kita mengangkat muka di hadapan Allah di hari pembalasan nanti? 😔
Allahu akbar. 😭
Comments
Post a Comment