Um Pi Lu Nang Kut Kang

 Jarum Pergi Dulu Benang Ikut Belakang



“Jarum Pergi Dulu…”


“Aku nak tanya kau satu benda, Derwish.” Demang duduk bersila, lepas hirup teh panas dari cawan enamel.


Derwish cuma angguk. Tangan kanan masih pegang tasbih. Mata redup pandang jauh ke bendang.


“Aku tulis dalam blog pasal strategi. Tapi konsepnya pelik sikit… orang kampung kata jarum pergi dulu, benang ikut belakang. Um pi lu nang kut kang,” Demang sebut dengan loghat pekat.


Derwish tersenyum. “Bijak orang dulu. Analogi tu dalam.”


“Tapi ada orang tak faham. Dia kata kenapa tak guna strategi moden je? Funnel, traffic, conversion rate. Ini pakai jarum dan benang?” Demang buat muka mencebik.


Derwish diam. Senyum lagi. Kali ni dia angkat jari, lukis bentuk benang melingkar di atas pangkin.


“Jarum tu kecil, halus… tapi tajam. Dia tusuk dulu. Benang ikut lepas itu. Kalau benang cuba masuk dulu… tersangkut. Tak jalan.”


Demang angguk perlahan.


“Sama macam strategi. Kita jangan paksa orang beli dulu. Kita bagi nilai. Cerita dulu. Tunjuk jalan. Kalau kena gaya, dia ikut dengan rela.”


Demang pandang tasbih Derwish yang berayun perlahan.


“Maknanya… macam blog tu la ya? Blog tu jarum. Produk tu benang.”


Derwish angguk. “Dan bila dijahit betul, takkan tercabut walau ditarik.”


Nota:

Ini peribahasa Melayu. Tinggi falsafahnya. Nak jadikan strategi tentera boleh, nak guna dalam perniagaan pun boleh. Malah konsep ini boleh guna untuk apa sahaja termasuk dalam berdakwah. Orang Melayu tinggi peradabannya. 😊

Comments

Popular posts from this blog

Nampak sama

Siapa nak baca blog lagi

Bahu Yang Tak Minta Dipicit