Demang kena lagi
“Apa yang kau tengok tu, Demang?” tegur Derwish perlahan sambil melabuhkan punggung di sisi.
“Blog aku. Dah banyak aku post, tapi orang baca tu faham ke tidak…” keluh Demang, matanya masih di skrin telefon.
Derwish hanya angguk perlahan. Lama dia diam. Kemudian tersenyum kecil.
“Oo… kau nak tengok hasil la tu? Kalau buat sebab nak hasil, penat la.”
Demang tertelan liur. Tersentap juga.
Derwish memandang jauh ke hujung sawah, lalu bersuara perlahan, “Kadang-kadang angin lalu pun bawa bau bunga yang tak siapa tahu… tapi bunga tetap mekar, kan?”
Demang pegang dagu. Kali ni, dia tak balas. Cuma tutup telefon dan pandang langit.
“Kalau bukan untuk hasil, untuk apa kita tulis?” tanyanya perlahan.
Derwish tersenyum. “Semua kena niat kerana Allah… itu basic. Tapi tujuan untuk manusia yang mencari, macam kau dulu.”
Derwish bangkit untuk pergi dari situ tapi tiba-tiba ia menoleh dan bertanya: “hari tu kau kata pasal minyak morhabshi. Kat mana aku nak tengok?”
Wajah Demang tiba-tiba ceria. “Ha… klik kat sini”
Comments
Post a Comment