Siapa hero? Tuah atau Jebat?
Pagi ini Demang tak mahu guna tajuk sensasi. Kita ikut jalan lurus tapi kena awas kiri kanan.
Pagi ini Demang berbual dengan Chatgpt 4.0 plus. Versi berbayar. Topik yang Demang usulkan ialah ‘mana lebih penting, adat atau adab?’.
Maka masing-masing berargumentasi. Maknanya ketika guna AI kita bukan hanya bertanya dan menerima kesimpulan AI tapi kena bijak mencabar AI dan menyilang dengan akal kita.
Bagaimana akal kita akan berfungsi? Nanti dulu, sebelum kita fungsikan akal, kena sediakan akal dengan ilmu. Kalau tak, kita yang akan ‘diakalkan’ oleh AI. 😅
Macamana nak sediakan akal? Bergurulah. Cari guru yang betul-betul manusia. Bersanad. Sediakan budget sikit. Takkan semua nak free! 🤣 Jangan ingat dah jadi tok guru dah tak perlu makanan, tempat tinggal, pakaian dan kenderaan. Takkan nak suruh tok guru datang mengajar naik grab?
Berguru betul-betul. Ada adabnya. Jangan main hentam sahaja. AIntak boleh ganti guru. Untuk jadi kitab boleh la. Macam buku rujukan! Bezanya, AI itu rujukan digital.
Demang tanya AI antara Tuah dengan Jebat siapa wira yang perlunkita kedepankan untuk jadi ikon generasi muda?
Kata AI:
Hang Tuah – Ikon Kesetiaan dan Sistem
- Taat pada Sultan walaupun keputusan Sultan keliru.
- Menjunjung institusi dan hierarki.
- Percaya sistem boleh dibaiki dari dalam.
Jika generasi muda:
- Mahu membina semula negara melalui sistem.
- Menekankan nilai disiplin, kesetiaan, dan sabar.
- Mahu stabiliti dan percaya pada pembaikan secara berstruktur.
Contoh moden: Pegawai awam yang setia berkhidmat walau tekanan, aktivis pendidikan, reformis dalam sistem.
Hang Jebat – Ikon Keberanian dan Keadilan
- Menentang Sultan kerana sahabat dianiaya.
- Letak prinsip keadilan di atas kesetiaan.
- Sanggup lawan sistem bila ia zalim.
Jika generasi muda:
- Mahu keadilan segera dan sedia goncang sistem.
- Berani bersuara, turun ke jalan, lawan ketidakadilan.
- Tidak takut ‘menggoncang’ status quo.
Contoh moden: Aktivis sosial, pendesak polisi, pengkritik kerajaan yang lantang.
Jadi, siapa patut jadi ikon?
Gabungan keduanya mungkin lebih ideal:
🔥 Tuah dalam membina. Jebat dalam berani berubah.
“Jadi Jebat yang sedar erti batas, dan Tuah yang tahu bila perlu menegur.”
Comments
Post a Comment