Apabila AI jadi hakim, manusia dihukum mati

Tajuk itu bukan analogi! Ia bukan sekadar bunuh identiti. Ia adalah penghapusan generasi atau dengan kata lain melenyapkan manusia daripada muka bumi. 

Alasannya: manusia tak reti berdisiplin, malas, menipu, curang, bermaksiat, perosak alam hinggakan berbunuhan sesama manusia serta pelbagai tuduhan jenayah berat lain.



Masih ingat filem Terminator yang ditayangkan pada 1984? Masa tu Demang masih muda remaja lagi.

Kisahnya ialah apabila robot AI di bawah Skynet membawa visi untuk menghapuskan generasi manusia di dunia ini!

Demangpun cuba dapatkan maklumat daripada AI. 😅 

Berikut sinopsis filem yang Demang minta daripada Gemini (sebuah AI milik Google):

“Pada tahun 2029, di masa depan yang kelam dan hancur pasca-apokaliptik, terjadi perang besar antara sisa-sisa umat manusia dan Skynet, sebuah kecerdasan buatan (AI) yang telah menjadi sadar diri dan memulai ‘Hari Penghakiman’ (Judgment Day) dengan meluncurkan serangan nuklear ke seluruh dunia.”


Demang tak nak ulas pasal filem ini tetapi kegusaran Demang terhadap 2 perkara:

1) Bagaimana jika kita biarkan AI buat keputusan untuk manusia?

2) Apa akan terjadi jika AI jadi penguatkuasa pada keputusan itu?

Kebimbangan ini ada asasnya. AI dibangunkan dengan ketepatan digital sedangkan manusia terbatas dengan pelbagai kelemahan. Jika AI dijadikan penguatkuasa dan pembuat keputusan, manusia akan hancur.

Manusia ada sifat lupa, lalai, mengantuk, tak sampai hati, sayang dan sebagainya. 

Justeru majikan jangan jadi robot dan jangan buat pekerja macam robot. Perlu ada sentuhan manusiawi yang sedar insan itu ada emosi dan rohani. 

Hidup bukan hanya perlu ikut syariat tapi tasawuf kena ada juga. Biar seimbang. 


“Barang siapa yang ber-tasawuf tanpa fiqh, maka dia menjadi zindiq (sesat).

Barang siapa ber-fiqh tanpa tasawuf, maka dia menjadi fasik (jahil).

Barang siapa menghimpunkan kedua-duanya, maka dia mencapai kebenaran.”

~ Imam Malik bin Anas (رضي الله عنه)


Ok. Demang nak rehat kejap. Klik https://mymorha.com bagi menyokong pembiayaan blog ini.

Comments

Popular posts from this blog

Nampak sama

Demang kena lagi