Bagi pendapat sendiri bukan tolong fikir apa orang akan kata
Kadang-kadang apabila orang tanya kita, kita bukan bagi pendapat sendiri tetapi kita sibuk buat andaian apa yang orang akan kata. Maka kita tidak lagi keluarkan pendapat sendiri sebaliknya melatik diri sendiri untuk suarakan ‘pendapat’ orang lain. Kalau betul tak apalah jugak. 😅
Samada betul atau tidak andaian itu kita memang tak berhak jadi wakil menyuarakan suara hati orang lain. Bahkan jika ia sebuah soal selidik maka kita telah merosakkan kajian orang yang bertanya itu.
Lain kali apabila orang minta pendapat kita, berlaku jujurlah. Jika tak bersedia, bagitau terus terang bahawa anda tidak bersedia untuk beri pendapat.
Comments
Post a Comment