Kita dicipta untuk kalah
Siapa kita? Kita bukan hanya dilantik jadi khalifah tetapi ada garis panduan untuk menjadi khalifah yang Allah mahukan.
Sebagai seorang manusia yang berkeperluan, Allah sediakan segalanya. Apa sahaja yang kita perlukan Allah sediakan.
Benar seperti pertanyaan Allah dalam surah Arrahman; maka nikmat apa lagi yang nak kita nafikan?
Antara yang Allah sediakan pada kita ialah makanan. Itu keperluan kedua selepas oksigen. Namun adakah kita mensyukurinya?
Makanan datang dari dua sumber, haiwan dan tumbuhan. Adakah kita adil dalam menggunakannya? Tidakkah kita melampaui batas?
Anda ada Chatgpt. “Tanyakan soalan padanya: “bagaimana untuk menjadi khalifah yang dikehendaki oleh Allah?”
Setelah dapat jawapan maka cubalah laksanakan bersungguh-sungguh. Namun Demang yakin dan percaya bahawa anda pasti gagal sebab teka teki Allah bukan untuk diselesaikan atau dicari jawapannya. Ujian Allah ialah untuk kita kalah dan menyerah, sujud pada-Nya dalam tangisan.
Allah ciptakan manusia untuk kita saksikan kehebatan-Nya yang tak terbatas.
Lihat bagaimana nabi Musa a.s dan pengikutnya diperlihatkan kuasanya. Apabila di depan mereka tertahan dek lautan sedangkan di belakang tentera firaun menghanbat semakin dekat, apa dan siapa lagi yang mereka boleh berharap dan berserah? Hanya Allah!
Maka ketika itulah Allah belah lautan menjadi laluan.
Jika ummat Islam mahu menang melawan zionis maka itulah yang mesti dilakukan.
Comments
Post a Comment