Google tutup

 


Tsunami informasi yang melanda dunia hujung 1999 buat sebahagian rakyat Malaysia tenggelam punca. Kepercayaan pada media arus perdana jatuh merudum. Apa sahaja yang keluar dalam berita dianggap palsu dan dusta.


2009 rakyat sudah tembus pelbagai salur info daripada media sosial. Rakyat bawahan tak peduli itu sumber pertama atau sekunder. Lebih sensasi lebih dipercaya. 


Demang taknak ulas panjang-panjang. Benda dah lama lepas. 


Cabaran kita sekarang ialah 2025 iaitu zaman AI di mana-mana.


Kini ‘search engine’ cara lama dah jadi macam mesin taip antik yang cuma ada 2 lokasi: tempat pelupusan sampah dan muzium. Itupun sering dianggap menyemak  


AI menerobos masuk dan segera menguasai apa sahaja, pantang diberi peluang. Macam peribahasa melayu yang selalu saya sebut: ‘um pi lu nang kut kang’ 


 Tak pernah dengar? Ayat penuhnya: ‘jarum pergi dulu benang ikut belakang’  


Ok, nanti kita cerita lebih panjang. Kena bincang


Keterangan foto: Haiwan memang tak bersuara macam manusia. Tapi ia tahu rasa takut, sedih dan… sayang. 



Support waadat https://mymorha.com bukan biasa-biasa



Comments

Popular posts from this blog

Nampak sama

Siapa nak baca blog lagi

Bahu Yang Tak Minta Dipicit